Tuesday, September 21, 2010

raye oh raye...jd jejak kasih plak..

RAYE OH RAYE,DPT JMPE KWN2 AKU.......
raye tahun  ni best gak laa...
aku telah membuat terjahan rumah ke rumah...
memang x di sangka2,aku telah menemui semua bestfrezz aku yg hampir 3thn x jmpe...
terjahan pertama,aku ke rumah budak comel(ct norakhma)...

lepas umah cik ct kte ni,kami(aku & tie) mula la merancang ke rumah nurse kami,cik aini...
fuhhhhh,xsangka,cik aini kte ad kt umah....
nk jd kn cerite,dia nk tunang rupenye..
ptt blik raye lmbt.....
aini tunang pd 18hb septmber...
comel giler mmber aku ni....
xsngka2,ganas2 dia pun,ayu gak....
2 buah rumah aku dh terjah,skrg giliran rumah nurul lak...
nurul mmg aku dh jmpe sblum ni..
so,xd la terjah sgt...
kira g beraya la...hikhikhik
kawan aku ni(nurul) cikgu tadika...
last skali rumah terakhir aku g umah tia....
kt umah tia la kami smua berkumpul....
lame giler xjmpe dorg
masing2 dh bw haluan masing..
tp still bujang ag.....cume aini je yg dah ad ikatan pertunangn...
 ni la kami semua...sahabat dr sek ag hingga sekarang...
 harap2,still berhubung walaupun masing2 dh berkaluarga....

bl dperhatikn pic ni..ad sorg ag mmber aku yg xd...
cik yati kte...
cik yati kite ni cbuk sgt kot...
mmg susah giler nk jmpe.....
tp wat pengetahuan korang,cik yati kami akn berkeluarga pd raye aidiladha ni...
kalu xsilap aki 18hb kot....

aku doakn smoga smua2 shbt ku bhagia,happy dgn khdupan masing2...AMIN....

ohh,ciNta JaRak JaUh..tip Cket...

Cinta jarak jauh byk dugaannya.mcm aku,bleh di katakn cinta jarak jauh gak la..coz,mu guy jauh di shah alm,and aku di kulim...huhuhu,nk jmpe 2,mmg susah la...nsb ad alat perhubungan..dpt msg,dpt call pun dh ckup bersyukur..
di sini aku ad beberape tip yg aku dapt dlm intenet la...cinta jarak jauh ni memerlukn kesabaran,kepercayaan nkesetiaan...jom kte baca tip kt bawah...


Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.



Monday, September 20, 2010

dOa uTk kEkaSih....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.





Awak Kena Faham...Sebab apa..

Awak kena faham..
Kenapa saya cemburu tengok awak bahagia bila dengan orang..sebab saya sayangkan awak..cemburukan tandanya sayang?

Awak kena faham..
Kenapa saya kadang-kadang merajuk..sebab saya nakkan perhatian dari awak..

Awak kena faham..
Kenapa saya selalu call dan sms kat awak..sebab masa tuh saya terlalu rindukan awak..

Awak kena faham..
Kenapa kadang-kadang saya marahkan awak..sebab saya nak yang terbaik untuk awak..

Awak kena faham..
Kenapa saya buat banyak pengorbanan untuk awak..sebab saya nak hidup selamanya untuk awak..

Awak kena faham..
Kenapa saya selalu minta nasihat dan pertolongan dari awak..sebab awak kan tulang belakang saya?

Awak kena faham..
Kenapa saya selalu ucap terima kasih kat awak..sebab saya nak awak tahu yang saya menghargai awak..

Awak kena faham..
Kenapa saya selalu lambat bila bersiap..sebab saya bersiap untuk menambat hati awak..bukan orang lain..

Awak kena faham..
Kenapa saya suka sangat mengadu dengan awak..sebab awak la segalanya bagi saya..saya nak awak jek yang tahu..

Awak kena faham..
Kenapa saya rahsiakan sesuatu dari awak..sebab saya taknak awak risau..

Awak kena faham..
Kenapa saya pergi tanpa memberitahu..sebab mungkin bukan jodoh kita..

Sekarang awak faham kan??Ehmmm....