Tuesday, October 12, 2010

Kenapa merajuk?Bagaimana nak pujuk?

KENAPA MERAJUK??



Perempuan seperti yg kita thu,amat sensitive jiwanye..pantang silap cket,ad je yg xkena,mula la tarik muka...merajuk la katakan..Sebelum mengetahui cara untuk memujuk, harus juga tahu apakah punca seseorang itu merajuk. Mugkin disebabkan pekara2 berikut..


1. CemburuYa, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil kamu dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaandan sebagainya. Si Dia ni merasakan kamu lbh pntingkn mereka dr dirinye....aarrrgggghhhh,mmg terasa ...

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari kamu, tetapi kamu tidak memberikannya.sebagai contoh,si Dia ingin keluar menonton wayang bersama kamu,tapi kamu mberi seribu alasan..Sibuk la,nk tido la....macam2 la...mmg si Dia merajuk,tambahan pula kalu si Dia ni mmg bjauhan dari kamu dan bila permintaan di tolak,HARUS la si Dia ni merajuk..huuhu

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari kamu. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan kamu disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

 CARA MEMUJUK??
 
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada kamu dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan kamu. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, kamu mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud kamu menunjukkan bahawa kamu menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, kamu haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan kamu tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya kamu yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, kamu kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba kamu bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “buchuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat yg agak2 dapat tarik perhatian si Dia(ayat2 power) dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis.Memang terasa bahagia bala dpt belaian mcm 2,rasa amat bermakna..

Banyak lagi cara yang boleh diguna pakai untuk memeujuk si Dia yang merajuk..terserah kepada kamu bagaimana caranya...


No comments:

Post a Comment